salam wbt …
kini, saya sudah punyai blog sendiri..
jgn malu segan, layari …
http://bawakbekal.wordpress.com/
wassalam
Posted in Uncategorized | No Comments »
salam wbt …
kini, saya sudah punyai blog sendiri..
jgn malu segan, layari …
http://bawakbekal.wordpress.com/
wassalam
Posted in Uncategorized | No Comments »
“If Rasulullah is the full moon in the darkest night, so the sahabah is the stars…. “
– Ustaz Bashar
Abu Bakr ash - Shiddiq

3 golongan dalam surah Al Waqiah 56:10.Abu Bakr termasuk dlm salah satu dari golongan tersebut..iaitu golongan yang ‘mendahului’….
“Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);”
Sifat beliau yang pertama tama menbelanjakan harta ke jalan Allah seperti yg di sebut dlm Surah.Al-Hadid.
57:10. Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Mekah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.
l First man to embrace islam
l First successor after Rasulullah passed away
l Enter paradise without being judge…
l Best sahabat before others
l Cleaning elderly blind woman’s tent …
Pivotal events..
l Isra’ mi’raj – he was the first to believe in him…
l The day of Hijr – the only companion traveling during hijrah “La tahzan, Inna Allaha ma’ana”. Surah At Taubah : 40
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
l The death of Rasulullah - he said ‘whoever worship Muhammad, he’s dead, but whoever worship Allah, Allah is always Alive..
l The riddah who deny to pay zakah – he fought them with 11 batalion of soldiers
Identification
Abdullah bin Usman (Abi Quhafah)
Nickname : al Atiq ( free, yang paling saleh dan dibebaskan dari api neraka ) ( handsome ) , Abu Bakr ( name of a sheep) ( name of a tribe), As Shiddiq ( the event of isra’ mi’raj)
Tribe : Quraisy, nasab at 6th level at Murrah bin Kaab related to rasulullah saw.
D.O.B : 2 years after tahun gajah
Appearance : from Aisyah r.a “ fair complexion, thin, slender,medium height, a little bit stooped, his belt will come down, his cheekbone is prominent, his eyes were sunk a little bit, his joints in fingers is prominent, has a full hair beard & hair, used to dye his hair with henna – red
Before Islam : Was merchant before Islam and a friend of Rasulullah. Never drank alcohol. Capital 40,000 dirham when enter islam. Honorable man & people in Quraish. Never prostrate to idol
After Islam :
Do dakwah on the first day after embrace islam to Usman bin Affan, Zubair bin Awwm, Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abi Waqqas , Talhah bin Ubaidillah, Abu Ubaidah ibn Al Jarrah (6 dari 10 sahabat dijamin syurga), Abu Salamah, Usman ibn maz’un, arqam bin abi al arqam
Beaten up till he passed off, no one could recognize his face after beaten up, happened few times when he called for islam
Bought and free many slaves with his wealth eg. Bilal al habasyi (slave of Umayyah) for 5 ounces of gold. Umar al khattab’s slave Zinnyrah being tortured till she blind and he bought and free her.An Nahdiah with two daughters being tortured for islam but bought and freed by him. Slaves to bani Adi (tribe of Umar)
Ketika ditanya apa yang ditinggalkan untuk anak-anaknya, beliau menjawab, “Allah swt dan Nabi-Nya saw.” Ketika mendengar ini Umar ra berkata, “Tidak ada yang bisa melebihi Abu Bakr ra dalam memberi pelayanan kepada Islam.”
Bet that Rom soldier will outruled the Persian army (Ar Rum : 1) .
Immigrate to Abysinna, met ibn Dughnah on his way and ibn Dughnah promised to protect him, so he went back to Mekah, prayed at Kaabah and read aloud Quran in his house and at his garden. He was always crying and was called ad-bakkaa inn – always cry while reading quran because he read quran with passion. People were mesmerized with his recitation and with that embraced Islam. The quraish was angry and told ibn Dughnah. Then ibn Dughnah said he will give protection only if he could pray only in his house. But Abu Bakr rejected his protection and only seek protection from Allah and continue worshipping Allah in public without fear.
______________________________________________
Terlalu banyak mutiara tarbiah boleh kita ambil dari kisah Abu Bakar … tetapi bukan lah sekadar kisah utk kita cerita2 kan sahaja dalam usrah, tamrin,daurah,katibah, mabit etc etc … yang paling penting utk kita jadikan panduan, contoh, idola dalam membentuk peribadi diri sebagai individu muslim yang soleh wa musleh (solih dan men’soleh’kan) sebagaimana generasi pertama madrasah tarbiah Rasulullah…
Kesilapan kita yang paling besar dalam melihat kisah2 sahabat ini, kita selalu melihat mereka ini seorang ‘hamba Allah’ yang sangat suci,sangat hebat, sangat baik, x pernah buat dosa, hidup dgn Rasulullah, sangat perfect, sangat berani.. dan etc etc.. sehingga kita mengabaikan nilai2 manusiawi yang ade pada mereka.. yang juga ada pada kita… lantaran itu, kita merasakan taraf mereka terlalu jauh untuk kita capai dan gapai… kehidupan mereka seolah olah satu kehidupan yang asing bagi kita… sedangkan mereka menghirup udara yang sama dgn kita.. melalui masyarakat yang mengagungkan dan menentang islam.. seperti mana kita..tiada bezanya….
Mereka tentunya ada kelemahan2 tertentu, nafsu2 manusiawi yang menghantui.. sepertimana nafsu2 kita menghantui diri kita.. ada sahaja tarikan2 dunia ketika zaman itu yg menggugah iman mereka, seperti mana tarikan2 dunia ketika ini yang menggugah iman kita.. namun yang pastinya perjalanan hidup mereka ialah perjalanan mencari jalan ‘kembali kepada Allah mencari redhaNya’.. sebagaimana perjalanan hidup kita yang juga mencari jalan ‘kembali kpd Allah mencari redhaNya’.. insyaAllah…
Bagaimana mereka meningkatkan iman mereka melalu proses tarbiah ‘direct’ dari Allah dan ‘tutorial khas’ dari Rasulullah …begitulah juga yang perlu kita lalui… satu proses yang panjang.. yang perlu kepada contoh2 yang praktikal… yang nampak oleh mata kasar kita.. yang boleh dihayati oleh sanubari kita… maka dengan itu… wajarlah kita meletakkan kisah kisah sirah Rasulullah dan sahabat sahabat ini sesuatu yang dekat di hati kita, sebagai satu sumber rujukan dan panduan kepada kita dalam mengemudi hidup kita sehari hari…
Andai ingin mendidik diri menjadi seorang yg ’shadiq’ (membenarkan), tadhiyah yang maksimun, taat yang tiada kompromi, sahabat yang sejati, diamnya diam yang berisi dan penuh hikmah, jihadnya jihad yang menggunung tinggi… maka ambillah kisah Abu Bakr.. lalu sematkanlah dalam hati dan contohilah..
moga Allah merahmati…

-ummuzaid-
Posted in Music, Uncategorized | No Comments »
Antara Dua Wanita
Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapatpendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang leman lelaki (boy friend) atau suami yang segak, tampan dan berada.
Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ini ialah bertemu di ‘cocktail parties’, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku sek. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan. Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok-seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini. Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.
Tetapi bagi wanita yang satu lagi, Muslimah - keredhaan Allah S.W.T yang diutamakan. Kecantikan lahiriahnya ketika ia keluar tidak penting malah ia menutup auratnya untuk menyembunyikan kecantikan yang Allah anugerahkan kepadanya dari pandangan umum. Jika ia bekerja, tujuannya ialah untuk berkhidmat kepada masyarakatnya dan bukan sangat untuk mengisi dompetnya. Menyentuh tentang bakal suaminya, ia lebih mengambil berat tentang akhlak yang luhur lebih daripada kejayaan duniawinya. Bagi Muslimah sudah menjadi kebiasaan baginya berada dalam kekusyukan Solat fardhu dan hiburan baginya ialah membaca Kitab suci Al- Quran, merenung tentang kebijaksanaan ciptaan Allah dan berkongsi pandangan rohaniahnya dengan orang yang dikasihinya.
Bagi Muslimah mendisplinkan diri dengan menahan dari lapar dan dahaga dan kemewahan-kemewahan lain semasa bulan Ramadhan adalah punca kepuasan hatinya dan sebagai galakau untuk menambahkan lagi amal soleh.
Tidak terlintas dalam fikiran Muslimah untuk menikmati apa yang dimilikinya itu hanya untuk kepentingannya semata-mata melainkan ia memberikan sebahagian daripadanya kepada orang-orang miskin dan yang lebih memerlukan. Bagi Muslimah setelah bertahun-tahun lamanya barulah ia berjaya mengumpulkan wang yang secukupnya untuk perjalanan yang jauh dalam hidupnya iaitu perjalanan yang mengarahkan kepada mencapai cita-cita rohaniah, pergi menunaikan Fardhu Haji di kota yang panas lagi berdebu dan sesak dengan manusia iaitu di Makkahtul Mukarramah.

-Al mu’minah al Solehah-
Posted in Uncategorized | No Comments »
Malu

Malu harga diri seorang muslim
Dosa membuat seseorang tidak mempunyai rasa malu. Artinya bahwa seseorang yang biasa berbuat dosa, lama-kelamaan tidak merasa berdosa. Bahkan ia tidak merasa malu berbuat dosa di depan siapapun. Ingat bahwa yang membedakan antara manusia dan binatang adalah bahwa ia mempunyai rasa malu. Dalam sebuah hadits Nabi saw. bersabda:
Kalau kamu tidak mempunyai rasa malu kerjakan apa saja yang kamu sukai.
Artinya bahwa seorang yang terbiasa berbuat dosa ia tidak akan mempunyai rasa malu. Bila rasa malu hilang maka hilanglah kebaikan. Perhatikan Nabi bersabda:
“Rasa malu itu semuanya baik”.
Maksudnya bahwa semakin kuat rasa malu dalam diri seseorang akan semakin menyebar darinya kebaikan. Dengan demikian masyarakat yang mempunyai rasa malu adalah masyarakat yang baik dan penuh nuansa kemanusiaan. Sebaliknya masyarakat yang penuh dosa-dosa adalah masyarakat yang jauh dari kemanusiaan dan penuh nuansa kekejaman, kedzaliman dan kebinatangan.
Malu dalam diri wanita

Aset paling berharga bagi diri seorang wanita adalah malu. Tanpa malu, wanita menjadi begitu murah. Tubuhnya menjadi murah tanpa malu. Ringan saja membuka aurat, mengenakan pakaian menjolok mata termasuklah juga pakaian yang menutup seluruhnya tetapi nipis menembusi ke dalam mahupun ketat menampakkan bentuk yang menggiurkan. Tanpa malu, suara wanita bias menjadi igauan para lelaki yang terdapat ‘penyakit’ di dalam hatinya. Suara lunak manja yang merayu rayu bisa menjerumuskan wanita & lelaki dalam situasi yang x terduga. Tanpa malu, bisa saja wanita berpelukan dengan lelaki bukan muhrim, berpegangan tangan mahupun makan bersama atau travel bersama. Apalah lagi yang tinggal pada wanita, andai malu itu pun sudah tergadai….
Malu dalam diri lelak i

Ketahuilah, Rasulullah sendiri lebih malu dari seorang gadis yang berada di dalam khemah (Hadith). Andai seorang lelaki tidak malu, dia bisa saja membawa anak dara ke hulu ke hilir, umpama satu barang dagangan yang dilelong lelong di tengah jalan. Seorang suami yang tidak malu, bisa membiarkan isterinya berdandan berlebihan diluar rumah untuk menjadi tontonan dan tarikan mata orang awam. Seorang bapa yang tidak malu bisa membiarkan seisi keluarganya mempamerkan dosa di khalayak. Seorang abang yang tidak malu, hanya membiarkan adik2 nya berkeliaran bersama pasangan bukan muhrim sesuka hatinya…dan the list goes on and on… andainya anda tidak malu…..hadits Nabi saw. Kalau kamu tidak mempunyai rasa malu kerjakan apa saja yang kamu sukai.
Dan saya tidak malu mengingatkan anda ( dan diri saya sendiri) agar menjaga diri dan sentiasa malu dalam melakukan dosa…
Malulah andai ada lelaki bukan muhrim masuk ke dalam rumah kita…
Malulah andai gelak tawa kita kedengaran sehingga telinga mereka yang tidak sepatutnya…
Malulah andai pakaian kita singkat, nipis, ketat dan menarik perhatian …
Malulah untuk berbicara perkara sia sia dengan lelaki bukan muhrim…
Malulah untuk mempamerkan dosa dosa kita pada khalayak… (ie letak gambar2 yang tak sepatutnya di friendster,ym,msn)…
Malulah mendengar kisah kisah umpatan, kejian dan adu domba, perihal yang tidak baik tentang orang lain…
Malulah…
Malulah…
Malulah…
Kelak Allah tidak malu untuk membalas dosa dosa kita..seandainya kita tidak malu melakukannya……
Posted in Uncategorized | No Comments »
Densya hidupku…(1.1 Eki Ramadhan )
Berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan maupun dgn rasa berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui sekiranya (yg kamu serukan kpd mereka) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yg dituju itu terasa sgt jauh bagi mereka…
(at Taubah : 41-42)
Andai jalan dakwah & tarbiah itu mudah, ditaburi bunga dan sorakan ramai, nescaya ramai yang menyusurinya, namun jalan itu tidak mudah. Jalan yang penuh ujian, mehnah dan fitnah. Namun itulah jalan yang paling selamat menuju kepada Allah, jalan kepada keredhaan dan syurga Allah, jalan yang pernah dilalui rasulullah saw, malah jalan yang sama dilalui semua para rasul, mu’minin dan mu’minat….
Eki 1
Ramadhan kali ramadhan amat berlainan dgn ramadhan2 yg pernah ku sambut 5 tahun yang lepas. Sesungguhnya Allah itu Maha Menurunkan hambaNya pada tempat yg dikehendakiNya…kerana Allah itu Maha Mentaqdirkan sesuatu.

Salthill, Galway, Ireland
Aku merindui saat2 berpuasa di Galway, Ireland. Ramadhannya disambut meriah, bulan rahmah, maghfirah dan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Hampir setiap insan muslim di Galway,(populasinya kecil ~120org) merasakan ‘hidup’nya ramadhan. Baik mereka berada dalam lingkugan tarbiah, mahupun tidak, baik yang sedia bertudung mahupun tidak, baik yang solatnya ‘cukup2′ syarat, mahupun tidak..semuanya merasakan ‘karamah’nya bulan ramadhan. Ramai yang menghidupkan malam2 ramadhan dgn terawikh,baik di ‘community hall’ yg disewa sepanjang bulan ramadhan utk memuatkan para jemaah pelbagai bangsa yg tidak mampu ditampung masjid (read as : converted semi D house) mahupun di rumah2. Kelazimannya pelajar2 galway akan berkongsi rumah 4-5 orang serumah. Dan selalunya kedudukannya berhampiran. Antara satu sama lain, iaitu kawasan2 perumahan yang ’strategik’ berdekatan dgn UCHG (University College Hospital Galway ataupun dgn NUIG (National university or ireland galway).Andai malas ke community hall Mereka akn ‘gather’ & pakat 2-3 rumah utk solat terawih berjamaah bersama2. Mungkin meriahnya kerana saat itulah dpt tgk muka org2 lain (ie junior & seniors) berkongsi cerita dan lain2. Yg menariknya, tuan rumah pasti gembira menyediakan moreh utk terawih… Maka terkenallah individu tertentu dgn donat nyelah, donat sira pun ada, karipap sudah pasti, roti bom, puding roti ( bulan pose makan roti sgt..so berlebih …drpd buang, baik buat puding roti kismis -) ) dan macam2 juadah lagi…
Lagi perkara yang menarik, setiap rumah sedari minggu awal puasa akan memilih tarikh jemputan Iftar di kalangan jiran2 terdekat ( yelah kami dulu duduk selang 2-3 buah rumah je… Kalau x cukup garam ke, bawang ke… Jerit je pun bole dgr kot … Huhu) ramai2 ingin berkongsi pahala orang yg berpuasa.. Lagi2lah kalau sampai turn org yg x pose masak…bermacam2 menu la keluar..nasi kerabunya, Nasi tomato, nasi ayam lah.. Ayam percik lah… Huhu… Rindunya….
Pada saat ini jugalah… Buku ‘medic’ akan ditutup sedari waktu buka puasa sehingga selesai terawih…Ajaib kan? … Entah mengapa, tetapi ratanya2 tidak bimbang atau risau perihal test or exam sgt…At least after 8 rakaat terawih baru mereka start study balik…subhanallah , betapa Allah memberikan rahmahnya pada bulan ini.. Tiba2 iman setiap orang memacu tinggi… Pada bulan inilah solat maghrib akan start berjemaah… disambung dgn tadarus al quran. Community di galway ni unik. Setiap rumah akn diberi julat bacaan tertentu dlm alquran ( ie -al baqarah - half surah al imran) dan kemudian pada malam akhir ramadhan, akan ada majlis khatam quran beramai2 serta takbir raya.. ( indah nye saat itu…) Setelah tadarus di teruskan dgn solat isya’ dan seterusnya solat terawih…

satu lagi kenangan indah di galway, ialah pabila ramai2 bergerak ke rumah yg tertentu atau community hall utk solat terawih dgn telekung2 putih mereka, maka terlihatlah berbondong2 kelibat putih dari kejauhan..huhu… Dilihat irish, pelik mereka.. Siapakah gadis2 kelubung putih ni? Berjalan beramai2 di kegelapan malam…huhuhu.. Silap haribulan, ade pulak yg lari ketakutan dok ingatkan jembalang manelah pulak… (tp so far x de pula org2 putih tu lari ketakutan… Hehee maybe mereka x tgk pun cerita2 hantu2, mistik, mengarut cam yang berlambak2 kat mesia sekarang nih… Huhu)
Begitulah setiap tahun… Ramadhan tidak pernah sunyi dari limpahan rahmatnya terhadap setiap insan, tidak kira dimanapun kita berada..
Eki 2
Kini aku ditakdirkan Allah di satu kawasan yang asing bagiku. Di bumi Allah, Di bumi matahari terbit. Di sebuah daerah Tokai, Hadano-Shi, Kanagawa… suburban Bandar Yokohama. Setelah dua minggu mulanya ramadhan ternyata suasananya berbeza. Tiada kemeriahan community seperti mana di kemeriahan malam malam ramadhan di Galway. Tiada iftar beramai2, terawikh berjamaah dan moreh mahupun tadarus.. Tiada communiti muslim yang meng’imarah’kan nya…

Ya ALLAH! Apakah aku yang tidak menghidupkannya,.. atau aku telah ‘ditinggalkan’ dari merasainya ? …Nauzubillah… Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu…
Namun, suasananya tidak aku nafikan berbeza andai berada dibandar besar yang berdekatan dgn masjid. Pasti ada saja tempat utk beriftar, I’tikaf dan terawikh. Seperti di sebuah masjid Otsuka, Tokyo yang pernah ku kunjungi dua kali bersama zauji tersayang.
Bumi jepun yang majoriti masyarakatnya atheis, tiada pegangan hidup .. malah hidup mereka di pandu oleh hawa nafsu mereka sendiri… andai lepa, nescaya kita terbawa2 dek budaya hedonisme mereka
Komuniti muslim di Tokai tidak seramai di Galway. Ratanya pelajar Tokai daigaku ( Tokai University) dan kebanyakannya adalah pelajar lelaki. Mungkin dalam ~ 40- 50 orang … (tidak ramai??? Bole buat jemaah jumaat dh tu…. ) dan pelajar perempuan dalam 4-5 orang. Belum sempat ku temui mereka kecuali seorang. Alhamdulillah, akhirnya ketemui juga seorang sister yang sefahaman dengan ku. Thank you Allah, for your blessings, memberiku erti nikmat manisnya ukhwah fillah…
Kini aku tidak lagi merasakan sunyinya Ramadhan kali ini. Malah Allah telah mengizinkan aku berada di kalangan orang2 Allah wajibkan kecintaanNya terhadap mereka saat aku berpeluang menghadiri Semarak Ramadhan di Asakusa Mosque, Tokyo.

Di sana aku mengenali lebih ramai sisters yang dari seluruh pelosok Tokyo,malah ada yang dari jauh, sejauh Yamanashi dan Gifu. Mereka hadir semata-mata mengimarahkan ramadhan ini dengan iftar jamaie, tahfiz-ton ( hafazan surah), tarawikh dan qiam.. subhanaAllah.. buat mereka, ketahuilah ,sesungguhnya Allah mewajibkan kecintaanNya atas kalian…
Dari Abu Idris al Khawlani rahimalllah, katanya: Saya memasuki masjid Damsyik, tiba2 disitu ada seorg pemuda yg bercahaya giginya dan sekalian manusia bersertanya. Jikalau org2 itu berselisih mengnenai sesuatu hal, mereka lalu menyerahkan persolan itu kepadanya dan mereka mengeluarkan huraian dari pendapatnya. Kemudian saya bertanya mengenai dirinya, lalu menerima jawapan : ‘Ini adalah Muadz bin Jabal’. Setelah hari esoknya, saya datang pagi pagi sekali, lalu saya mendapati Muadz sudah mendahului saya datang paginya. Ia saya temui sedang bersembahyang. Kemudian saya menantikannya sehingga ia menyelesaikan salatnya. Seterusnya saya pun mendatanginya dari arah depannya, lalu saya mengucapkan salam padanya, kemudian saya berkata : ‘ Demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu kerana Allah’. Ia berkata : ‘kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘Ya kerana Allah’. Ia berkata : ‘Kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘ Ya, kerana Allah’. Muadz lalu mengambil belitan selendangku, kemudian menarik tubuhku kepadanya, terus berkata : ‘ Bergembiralah kamu, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah pernah bersabda: ‘ Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman – dalam hadis Qudsi : ‘Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku, duduk – duduk bersama kerana Aku, saling ziarah – menziarahi kerana Aku dan saling hadiah – menghadiahi kerana Aku’
- Hadis sahih oleh Imam Malik dalal Al Muwattho’ dgn isnadnya yang sahih-
Berada di masjid Asakusa, Tokyo bersama mereka, meyakinkan lagi diriku, yang aku tidak keseorangan di bumi asing ini. Masih ada lagi manusia manusia yang Allah limpahkan rahmat ramadhanNya kepada mereka. Masih ada lagi manusia manusia yang meng’imarah’kan ramadhanNya dengan tadarus, tilawah, hafazan, I’tikaf & qiamulail. Thank you Allah, kerana meletakkan aku dalam kalangan mereka.. sesungguhnya, tiada yang lebih aku harapkan dari Mu, melainkan keredhaan & kecintaanMu pada hambaMu yang hina ini…
-ummuzaid-
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
Oleh: Ummu Rayyan
Kita sebenarnya mempunyai potensi untuk berfikir dan membawa perkara yang cukup besar. Sayangnya, potensi ini seringkali disekat atau dicantas oleh diri kita sendiri, atau mereka yang berada di sekeliling kita. Semuanya, dengan niat yang baik dan ikhlas. Tidak mahu kita terlalu bercita-cita tinggi, sehingga membawa kepada kekecewaan jika kita gagal mencapainya. Ataupun, tidak mahu kita terlalu asyik dengan angan-angan sehingga tidak melakukan gerak kerja yang sepatutnya. Sebenarnya tidak salah untuk mempunyai cita-cita setinggi langit. Malah, cukup silap jika kita cuma menghadkan potensi diri sekadar dalam ruang lingkup selesa (comfort zone), yang kadangkala diletakkan oleh diri sendiri! Kita sangat perlu kepada individu yang mempunyai cita-cita yang tinggi. Cita-cita ini pula bukan calang-calang, bukan cita-cita picisan yang hanya membawa kepada manfaat diri sendiri. Malah, bagi seorang daie yang fikirannya tidak putus-putus berfikir tentang umat, cita-citanya adalah cita-cita yang akan memberi manfaat kepada umat ini.
" Malah kita serahkan segala tenaga, harta dan jiwa kita untuk kebaikan mereka. Kita bekerja demi kepentingan dunia dan akhirat mereka. Kita juga korbankan segala harta dan jiwa kita untuk matlamat ini. Matlamat untuk membawa kebahagian kepada ummah dan saudara-saudara kita."
Halatuju Dakwah Kita (ISHAB)
Oleh demikian, jangan sekali-kali takut untuk memasang dan berkongsi cita-cita. Rasulullah ketika dalam suasana kritikal perang Khandak, dalam keadaan penat dan lapar membina parit, masih sempat menyampaikan aspirasinya kepada sahabat-sahabat:
"Allah Maha Besar! Aku telah diberi kunci kepada Ash Sham! Aku dapat melihat istana-istananya yang merah pada saat ini!" "Allah Maha Besar! Aku telah diberi Parsi! Aku kini melihat istana putih Madain!" " Allah Maha Besar! Aku diberi kunci kepada Yaman! Demi Allah, aku dapat melihat pagar-pagar di San’a!"
Itulah antara karekteristik seorang daie. Sentiasa bertenaga, sentiasa bergeliga. Himmah tidak pernah padam walaupun dalam keadaan tertekan dan cemas sekalipun. Setiap kali diri diserang perasaan lemah, futur; cita-cita serta aspirasi yang tinggi inilah yang akan menjadi salah satu pemangkin untuk melonjakkan kita untuk terus ke depan. Bila jatuh, bangun semula. Terus bekerja. Terus berusaha. Terus mengejar cita-cita! Semua kerana masa depan umat terletak di atas bahu kita. Rasulullah sendiri tidak sempat bersama-sama sahabat ketika mereka berjaya menawan as Syam. Juga semasa tentera Islam akhirnya berjaya menawan Madain. Atau Yaman. Tetapi Rasulullah telah meninggalkan kita dengan himmah itu. Kitalah yang perlu meneruskan perjuangan, dan di akhir nafas kita nanti, akan ada yang lain yang akan mengambil baton itu dari kita. Lalu seterusnya, dan seterusnya…sehingga tiada lagi fitnah, dan agama ini hanya untuk Allah. Maka teruskanlah bekerja.
Di tanah mana jua, dalam keadaan apa jua. Allah bersama kita. " Dialah Pelindung kamu. Maka Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. " [22:78]
Posted in Uncategorized | No Comments »
ikhwah/akhawat yang dalam medan perjuangan ini…
peliharalah hati… kerana dari hati, tempat ALlah menurunkan hidayahNya..insyaALlah
Teguran buat mujahidah da’wah
Dengan Nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
“Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.
(Surah an-Nisa’ [4]:9)”
Ucapkanlah “qoulan syadida”. Begitulah perintah ALLAH SWT. Perintah yang membuatkan saya, sungguh pun tersangat sibuk menjayakan tugas dan amanah sebagai engineer, namun harus mencoretkan sesuatu sebagai teguran sekaligus tazkirah buat mujahidah da’wah, agar sikap dan mind-set (fikrah) tidak menyimpang daripada sikap dan fikrah sebenar seorang mujahidah da’wah.
Sangat aneh tatkala student universiti sudah pandai memberikan alasan “sibuk” untuk alpa dan tidak bersungguh dalam da’wah. Apakah mereka menyangka bahawa bila tiba di alam kerjaya, kesibukan itu akan hilang? Adakah mereka menyangka betapa mujahid-mujahid da’wah yang telah menginfakkan dirinya, keluarganya, hartanya dan seluruh hidupnya di jalan ALLAH, adalah bukan student atau pekerja seperti mereka, sehinggakan mereka tidak pernah disibukkan dengan urusan pembelajaran atau pekerjaan? Katakan saja anda tidak cintakan Islam, kerana jika benar anda cintakan Islam, mana mungkin semudah dan semurah itu alasan akan anda berikan. Janganlah anda menghina para mujahid da’wah, seakan-akan mereka ini tidak pernah sibuk hinggakan sentiasa mempunyai masa untuk diberikannya pada jalan ALLAH. Janganlah anda menghina Abu Bakar as-Siddiq R.A, Umar al-Khattab R.A, dan sahabat-sahabat lain R.A, para tabi’in, tabi’it tabi’in, Hassan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi, dan lain-lain, yang hidup mereka full time sebagai pendakwah, sedang part time mereka sebagai Cikgu, atau peniaga, atau engineer dan sebagainya, dengan menganggap mereka-mereka ini tidak pernah bertembung dengan kesibukan duniawi. Mereka juga sibuk, tapi cinta mereka pada ALLAH, Rasul dan Islam mengatasi kesibukan duniawi mereka.
Namun, dengan amanah sebagai engineer dan sebagai murabbi sehari-hari, terpaksa saya ringkaskan qoulan syadida ini, mudah-mudahan tetap bermanfaat buat mereka yang benar-benar sudi menjadi mujahidah da’wah.
Menyempurnakan separuh daripada agama
Umum tahu betapa pernikahan menyempurnakan separuh daripada agama. Bahawa pernikahan memelihara diri kita daripada terjerumus ke lembah maksiat. Bahawa pernikahan itu bisa bernilai ibadah. Bahawa pernikahan itu umpama mendirikan masjid. Haidth-hadith tentang itu semua, tentunya kalian sedia maklum.
Mujahid dan mujahidah da’wah, yang benar-benar komited terhadap da’wah, tentunya dan pastinya akan menghadapi pelbagai macam kesulitan, halangan dan rintangan. Itulah lumrah dan adat jalan da’wah. Bagi yang belum merasakannya, kesimpulannya mudah: anda belum berda’wah! Atau anda tidak ikhlas berda’wah hingga tidak layak diuji! Atau anda mengambil jalan yang menyimpang daripada jalan da’wah! Noktah. Tidak perlu argument di situ.
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
(Surah al-Baqarah [2]:214)
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah al-Ankabut [29]:2-3)
Diuji dalam surah al-Ankabut di atas, bukan sekadar uji. Ia ujian yang sangat berat, kerana ALLAH menggunakan perkataan “fa-ta-na” di situ, bukan sekadar “imtihan”. Ertinyqa, ujian itu sangat berat, persis seperti orang yang difitnah, lantaran perkataan fitnah saja berakar kata dari fa-ta-na tadi.
Oleh kerana itulah, untuk menstabilkan emosi dan perasaan para mujahid da’wah, perlunya mereka bercepa-cepat kepada pernikahan, lantaran pernikahan menghasilkan stability (Sakinah) atau ketenangan, seperti yang diungkapkan oleh ALLAh SWT di dalam al-Quran;
“Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan istrinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, istrinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami istri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur".
(Surah al-A’raf [7]:189)
Maka, wajar saja mereka yang tidak memilih pernikahan sebagai stabilizer dikatakan bengong atau terburuk oleh Nabi-Nya SAW;
“Orang yang paling buruk di antara kamu adalah para pembujang, dan di antara orang-orang mati yang terburuk adalah orang yang mati dalam keadaan membujang.”
(Hadith riwayat Abu Ya’la dan Thabrani)
Namun, pernikahan pula, seharus dan sewajarnya mengikut tatacara dan tatasusila yang digariskan oleh Nabi SAW;
“Nikah itu adalah sebahagian sunnahku maka orang yang tidak mengamalkan sunnahku, dia tidak termasuk umatku.”
(Hadith riwayat Ibnu Jauzi)
Ertinya bukan pada nikah itu saja menjadi sunnah, tetapi tentulah cara, prosedur dan etika kepada pernikahan juga, harus, wajar dan perlu mengikut sunnah! Kerana pernikahan yang berpandukan sunnah, adalah pernikahan yang diniatkan untuk semakin dekat dan semakin rapat dengan ALLAH SWT. Bagaimana mungkin pernikahan yang dicemari oleh cinta “anta-anti” dan zina hati, bisa membawa kepada kecintaan kepada Ilahi? Mana mungkin!
Itulah sebabnya, tatkala ALLAH SWT –di dalam ayat yang lain- mahu menceritakan tentang betapa isteri-isteri/suami-suami mendatangkan cinta dan belas kasih, ALLAH mulakan dengan menyebut “di Antara tanda-tanda kekuasaan-Nya”, kerana sepatutnya pada pasangan hidup anda itu, akan anda dapati tanda-tanda kekuasaan ALLAH.
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.
(Surah ar-Ruum [30]:21)
Lalu, jika perjalanan anda saja menuju pernikahan itu sudah dipenuhi noda dosa, khalwat di alam maya, zina hati dan lain sebagainya, bagaimana mungkin anda melihat tanda-tanda kekuasaan ALLAH pada pasangan anda itu, sedangkan anda sedang melakukan maksiat kepada ALLAH?
Hadith Arbain 1: Setiap sesuatu bermula dengan niat
Kerana pernikahan itu harus bersandarkan sunnah, maka saksikan sendiri guideline daripada Rasulmu SAW;
“Wanita itu lazimnya dinikahi kerana empat perkara:
i) kerna hartanya
ii) kerana keturunannya
iii) kerana kecantikannya
iv) kerana agamanya
maka pilihlah wanita yang mempunyai agama, (jika tidak) maka binasalah engkau.”
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)
Simple. Hanya orang-orang yang mempunyai niat yang berlainan dengan niat yang sepatutnya dimiliki oleh setiap mereka yang mengikut sunnah nabi-Nya SAW –dengan memilih jodoh berasaskan factor agama- yang akan terpinga-pinga dalam menentukan bagaimana calon yang beragama itu. Adakah beragama seseorang itu, andainya ia jauh daripada medan perjuangan Islam, sedangkan para sahabat R.A menjadikan perjuangan Islam sebagai matlamat dan kerjaya nombor satu mereka? Adakah beragama seseorang yang tidak merasa ghairah untuk melazimkan bacaan al-Quran setiap hari? Adakah beragama seseorang yang tidak henti-henti berbicara dengan lawan jantina, hingga terkadang membawa kepada berdua-duaan di alam siber, sedangkan perbicaraan yang dilakukan adalah perbicaraan yang tidak penting dan tidak perlu sebenarnya? Adakah beragama seseorang yang tanpa segan silu membiarkan hatinya terjebak dengan zina?
“Tertulis ke atas anak Adam habuan daripada zina, tidak mustahil didapati yang demikian.
Matanya berzina lewat pandangan.
Telingannya berzina lewat pendengaran.
Lisannya berbicara lewat percakapan.
Tangannya berzina lewat sentuhan.
Kakinya berzina lewat melangkah ke tempat maksiat.
Hatinya berzina lantaran bernafsu dan berangan-angan.
Dan kemaluannyalah yang membenarkan atau menidakkan (terjadinya zina itu).”
(Hadith riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
Itulah sebabnya, al-Quran al-Karim menggariskan guideline jika ingin berbicara dengan lawan jantina, demi menjaga masalah zina hati ini.
“Hai istri-istri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik,”
(surah al-Ahzab [33]:32)
Itulah sebabnya Islam meminta kita bersama menundukkan pandangan. Nah, kalau menundukkan pandangan saja suatu yang ditegaskan, maka adakah boleh kita bersembang dan bergurau dengan lawan berlainan jantina tanpa urusan yang mustahak?
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.
(Surah an-Nuur [24]:31)
Lagu “Antara Dua” Nyanyian Farah
Lebih malang lagi, adalah tatkala ada di kalangan mujahidah da’wah tidak benar-benar memutuskan hubungan dengan lelaki lain, tiba-tiba sebegitu berani membuka ruang untuk lelaki lain pula. Seolah-olah ia ingin menjadi seperti lagu Farah “Antara Dua”, iaitu harus mengumpulkan sebanyak lelaki yang ada, barulah ia memilih calon suami yang sesuai. AstaghfiruLLAH al-Azim! Wahai wanita muslimah, takutlah kamu pada ALLAH! Tidakkah kamu pernah mendengar sabda Nabi SAW yang mulia;
“Janganlah seseorang meminang pinangan saudaranya, sehingga peminang itu meninggalkannya atau mengizinkannya.”
(Hadith riwayat Bukhari)
Nah, selagi anda tidak benar-benar putuskan hubungan anda dengan seseorang lelaki yang menyatakan minatnya pada anda, bagaimana mungkin seorang lelaki lain mahu menyatakan hasratnya untuk melamar anda? Hal ini dilarang oleh agama! Pertanyakan kembali niat anda; jika benar anda ingin menikah kerana ALLAH, maka anda sentiasa sanggup memutuskan dan menjauhi insan yang tidak memenuhi criteria mujahid da’wah yang sekufu dengan anda, lalu anda tidak kisah akan lain-lain criteria bakal suami anda, asalkan saja ia mujahid da’wah. Jika tidak, maka layakkah anda menjadi mujahidah da’wah?
Penutup
Akhirnya, saya terpaksa juga menegur gerakan-gerakan Islam yang tidak serius dan tidak menekankan keharusan menjaga interaksi antara lawan jantina. Saya menegur gerakan Islam yang tidak bersungguh membina kadernya dengan tarbiyah Islamiyah yang benar. Saya menegur gerakan islam yang tidak memerhatikan urusan hati dan interaksi para kadernya. Dan saya nasihatkan para mujahidah da’wah, agar kembalilah kepada niat, tujuan dan prosedur yang betul. Iaitu; 1) betulkan dan ikhlaskan niat 2) lobi mak ayah 3) mudahkan urusan pernikahan.
Untuk kesekian kali, perasaan saya begitu diguris melihatkan insan-insan yang mengaku berada di dalam gerakan Islam, tapi menganggap urusan cinta kerana ALLAH sebagai suatu bahan mainan. Ingatlah, pasangan hidup anda itu bukanlah hak milik -bererti tidak bisa dibeli, demanding, dan lain-lain barang duniawi yang bisa dihak miliki- tetapi ia adalah anugerah. Anugerah daripada siapa? Anugerah dari Ilahi. Lalu, dengan pemahaman seperti ini, anda akan benar-benar menjadi mujahidah da’wah, dan menyerahkan kepada ALLAH untuk menganugerahkan buat anda teman sehidup semati. Maka benarlah kata Rahim Razali; “isteri itu bukannya hak milik, tapi anugerah….”
Wassalamu’alaikum
Thank you.
"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)
Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Electrical Engineer
Jimah O&M Sdn. Bhd.
2 x 700MW Coal Fired Power Plant Project
PT 7308 & PT 7309,
Mukim Jimah, Daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(Tel: 06-658 1158/ 06-658 1149 Ext: 1090)
Email: faridul@jimahev.com
Posted in Uncategorized | 1 Comment »
Oleh. KH. Rahmat Abdullah (Alm)
Suatu malam menjelang fajar, dalam inspeksi rutinnya, Khalifah II Umar bin Khattab mendengar dialog menarik antara seorang ibu dengan gadis kencurnya. “Cepatlah bangun, perah susu kambing kita dan campurkan dengan air sebelum orang bangun dan melihat kerja kita.” “Bu, saya tak berani, ada yang selalu melihat gerak-gerik kita.” “Siapa sih sepagi ini mengintai kita?” sang ibu balik bertanya, “Bu, Allah tak pernah lepas memperhatikan kita.” Khalifah segara kembali dengan satu tekad yang esok dilaksanakannya, melamar sang gadis untuk puteranya, ‘Ashim bin Umar. Kelak dari pernikahan ini lahir seorang cucu: Umar bin Abdul Aziz, khalifah kelima.
Tuan dan Nyonya Da’wah yang saya hormati,
Tentu saja istilah baitu da’wah ini tidak dimaksudkan sebagai rumah tempat warganya setiap hari berpidato. Juga bukan keluarga dengan aktifitas belajar mengajar seperti laiknya sebuah sekolah formal. Ia adalah sebuah wahana tempat pendidikan berlangsung secara mandiri dan alami namun bertarget jelas.
Ada kegawatan yang sangat ketika roda keluarga meluncur tanpa kendali. Saat salah seorang anggotanya sadar apa yang sedang terjadi, segalanya mungkin telah terlambat. "Keterlambatan” itu dapat mengambil bentuknya pada ABG yang asing dari nilai-nilai ayah ibu-nya, atau ayah yang lupa basis keluarganya oleh kesibukan kerja di luar, atau ibu yang terpuruk dalam rutinitas yang membunuh kreatifitasnya, atau karir yang menggilas peran dan fitrah keibuannya.
Banyak orang merasa telah menjadi suami, isteri atau ayah dan ibu sungguhan, padahal mereka baru menjadi ayah, ibu, suami atau istri biologis, Sangat kasar kalau diistilahkan menjadi jantan, betina, atau induk dan biang, walaupun dalam banyak hal ternyata ada kesamaan. Kalau hanya memberi makan dan minum kepada anak-anak: kambing, ayam, dan kerbau telah memerankan fungsi tersebut dengan sangat baik. Dan, isu sentral "pewarisan nilai-nilai kehidupan” dalam kehidupan mereka tak ada soal. Buktinya, tak satupun anak ayam yang berkelakuan kerbau, atau anak kerbau berkelakuan belut, atau anak kambing berkelakuan serigala. Adalah suatu penyimpangan bahwa ada anak manusia bertingkah laku babi, serigala, harimau, atau musang.
Tentu saja ini tidak dimaksud mendukung program robotisasai anak yang dipaksa menghafal seluruh program yang dijejalkan bapak-ibunya tanpa punya peluang menjadi dirinya sebagai hamba Allah, karena mereka harus menjadi hamba ayah, hamba ibu, dan hamba guru. Ini tidak ada hubungannya dengan program tahfidz atau apresiasi seni Islami yang menjadi bagian dari sungai fitrah tempat air kehidupan mengalir sampai jauh.
Misteri Berkah
Saat ini ada beberapa keluarga sederhana, dibimbing oleh "intuisi" kebapakan dan keibuan, mendapat berkah dalam mendidik anak-anak mereka. Anak SMU-nya lulus dengan baik, plus hafal 1000 Alfiah Ibnu Malik, rujukan utama gramatika Arab (Nahwu). Lumayan mengagumkan, jebolan SMU menjadi rujukan sesama mahasiswa di sebuah Universitas terkemuka di negara Arab. Tahun-tahun berikutnya sang adik menyusul dengan hak beasiswa ke sebuah universitas unggulan di Eropa. Lainnya bisa melakoni dua kuliah yang "pelik": bahasa Arab di sebuah kolese paling representatif sementara siangnya mengambil jurusan Ekonomi. Kemenakannya hafal Al-Qur’an 30 juz menjelang akhir semester delapan di institut teknologi paling bergengsi di negeri ini. Kemenakan lainnya lulus akademi militer angkatan darat tanpa kehilangan kesantriannya yang pekat.
Sang bapak jauh dari penguasaan teori ilmu-ilmu pendidikan. Ketika digali hal yang spesial dari kelakuannya, muncul jawaban yang significan: Kecintaan keluarga tersebut kepada ulama (dalam arti yang sesungguhnya) dan keberaniannya amar ma’ruf nahi mungkar tanpa harus selalu mengandalkan mimbar tabligh.
Mengesankan sekali ucapan Ali Zainal Abidin, cucu Ali bin Abi Thalib, “Barangsiapa meninggalkan kewajiban amar ma’ruf nahi mungkar, maka anak, isteri, dan pembantunyapun akan membangkang kepadanya.” Ternyata memang, keikhlasan seseorang atau keluarga kerap menembus sampai beberapa generasi sesudahnya. Boleh jadi seseorang merasa telah menjadi bagian dari da’wah yang besar dan berkah, tetapi bukan sikap da‘i yang dirawatnya. Alih-alih dari membimbing masyarakat dengan fiqh dan akhlak da’iyah, justru sebaliknya, hanya ghibah dan pelecehan yang digencarkannya terhadap masyarakat. Padalah, besar kemungkinan mereka tidak tersentuh da’wah atau tidak mendapatkan komunikasi yang memadai.
Ikhlas, nilai plus yang menembus lintas generasi
Keikhlasan yang “naif" Nabi Ibrahim yang rela – demi melaksanakan perintah Allah – meninggalkan istri dan bayinya di lembah yang tak bertanaman di dekat rumah Allah yang dihormati (Qs. Ibrahim: 37) menghasilkan bukan hanya turunan nasab yang konsisten, tetapi juga turunan fikrah yang militan.
Ummu Sulaim ibu Anas bin Malik yang begitu stabil emosinya dan begitu mendalam keikhlasannya menerima kematian bayinya, mendapat 100 anak dan cucu, semuanya telah hafal Al-Qur’an dalam usia sangat dini. Itu hasil hubungan yang penuh berkah – ditambah doa berkah Rasulullah SAW di malam yang sangat beralasan baginya untuk "meratapi" bayinya yang tiada.
Demikian pula pengkhianatan istri Nabi Luth dan Nabi Nuh – yang karenanya Allah menyebutnya dengan imra-ah (perempuan) bukan zaujah (istrinya) – melahirkan generasi yang sangat berbeda: Yang satu generasi sangat rabbani seperti Nabi Ismail as, yang cermin kepribadiannya membersit dalam ungkapan pekat nilai-nilai tauhid: "Ayahanda, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu, akan kau temukan daku insya Allah termasuk orang-orang yang sabar.”(QS. 37; 102). Di seberang lain dengan pongahnya Yam bin Nuh berkata, saat ayahnya mengajak naik bahtera penyelamat, “Aku akan berlindung ke gunung yang akan menyelamatkanku dari air bah.”(QS. 11: 43).
Di zaman ketika setiap serigala dengan mudah menyerbu masuk ke rumah-rumah yang tak lagi berpagar dan berpintu, siapa yang merasa aman dan mampu melindungi anak-anak fitrah dari terkamannya? Siapa yang tabah melindungi gelas bening dan kertas putih suci itu dari ancaman yang setiap waktu dapat memecah-hancurkan dan mencemari mereka? Siapa yang tak tergetar hatinya melihat cermin bening yang semestinya ia perhatikan betul raut wajahnya disana, seraya merintihkan desakan suara hatinya dalam sujud panjang di keheningan malam: “Dan Kami telah berpesan kepada manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya mengandungnya dengan susah dan melahirkannya dengan susah. (Masa) hamil dan menyapihnya tiga puluh bulan. Sehingga ketika ia mencapai masa kuatnya dan mencapai usia empat puluh tahun ia berkata: Ya Rabbi, ajarkan daku agar dapat mensyukuri nikmat yang Engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan beramal shalih yang Engkau ridhai serta perbaikilah untukku dalam keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan aku termasuk kaum yang menyerahkan diri.”
Posted in Uncategorized | 1 Comment »

Seandainya nanti engkau diijabkabulkan
Bakarlah bara-bara jihad di hati suamimu
Sepertimana ibu Rabiah berpesan kepada Furuq
Suaminya, puluhan tahun di medan jihad
“jangan pulang kalau sebagai anjing mencawat ekor”
kalau nanti kau dikurniai putera
tiupkanlah semangat jihad di hatinya
supaya zuriatmu nanti cinta mencari syahid
seghairah Handzalah menggadai nyawanya
Latihkanlah puteramu nanti
Sebagai pengganti Ibnu Rawahah
Menjadi penyair penyeru jihad
Yang mementingkan taqwa daripada quwwah
Dendangkanlah cerita Abu Sulaiman pada puteramu
Agar ia kenal apa itu keberanian
Kelak nanti pedang Allah akan muncul semula
Di akhir zaman
Jadikanlah dirimu sebagai Asma’ puteri AsSiddiq
Moga-moga nanti lahirlah puteramu
Yang tiada gentar dan undur
Dalam perjuangan kerana Allah
Seperti diriwayatkan tentang putera Az Zubair
Suburkanlah cinta puteramu nanti
Kepada Rasulullah
Agar ia sanggup berkorban
Kemewahan dan kemegahan
Kerana suamimu bangga kalau puteranya
Seperti Mush’ab
Bacakanlah sejarah sahabat-sahabat pada puteramu
Di waktu-waktu suami tiada di sampingmu
Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka
Dan pesan-pesankanlah selalu
Di cuping telinganya nanti
“Berjuanglah wahai puteraku
kerana lahirnya dikau di dalam Islam
adalah hasil darah dan airmata mereka itu…”
By Mujahidah
Posted in Uncategorized | No Comments »
Dakwah ibarat Mendaki Gunung

Dakwah ibarat mendaki gunung
Tinggi puncaknya, luas kakinya
(Tinggi cita-citanya, kuat asasnya)
Dakwah ibarat mendaki gunung
Kita tahu ada puncaknya
Tetapi semasa mendaki, manalah nampak
Yang penting kita terus mendaki
(Kita tahu kejayaan Islam bakal menjelang)
(Tetapi manalah tahu bila masanya)
(Yang penting, kita terus beramal)
Dakwah ibarat mendaki gunung
Terasa gah tatkala puncak ditawan
Tetapi sukarnya untuk didaki, hanya Allah yang tahu
(Terasa seronok jika Islam dapat menang)
(Tetapi sukarnya nak capai kemenangan, hanya Allah yang tahu)
Dakwah ibarat mendaki gunung
Penunjuk jalan sudah jauh di hadapan
Kitakah harus mengejar langkah mereka
Kerana mereka tidak akan menunggu kita
(Para Rasul dan sahabat sudah memberikan teladan)
(Kita yang harus mengikut jejak langkah mereka)
(Dakwah cara mereka, bukan cara kita yang lembab dan slow!)
Dakwah ibarat mendaki gunung
Terjumpa rintangan, ada banyak lagi jalan
Pantang berundur, sebelum sampai ke puncak
Bekalan perlu dibawa, tetapi hendaklah dikurangkan supaya ringan
(Dunia hanyalah alat, jangan pula mengejar dunia)
Dakwah ibarat mendaki gunung
Hanya yang nekad dan tekad akan sampai ke puncak
Yang gagal bertahan, bukan sahaja akan terkandas
Malah akan berguling semula jatuh ke bawah…

Al- aaajilyyy
p/s :dh lama saye tidak post disini.tak tau kenapa. ini saya dapat dari milis saya. semoga bermanfaat
Posted in Uncategorized | No Comments »