Bukan sekadar ‘Ayat Ayat Cinta’…
June 7, 2007 by dzln2911
Bukan sekadar ‘Ayat Ayat Cinta’…
Buku ini telah lama berada di tangan tapi masa yang ada
lebih dicemburui oleh tugas tugas yang besar, be it tugas tugas ‘risalah’
mahupun ‘ijazah’.. Alhamdulillah, kini telah selesai separuh tugasan ‘ijazah’
maka ringan sedikit kepala utk tumpukan perhatian pada tugas yang lain pula.
Selayang pandang pada penulis…
Habiburrahman El Shirazy seorang novelis muda kelahiran Semarang, Indonesia,
punya latar belakang agama dan kemampuan menulis yang unik. Bukan sahaja
menulis novel, malah banyak menulis di dada majalah dan akhbar ternama serta
menulis puisi teater serta
menyutradarakan pementasannya. Banyak terima awards dan paling panas dipasaran Indonesia dan negara2 islam adalah novel nya ‘Ayat Ayat Cinta’ – judul buku yang ‘catchy’..
Apa yang menarik perhatian saya ialah di bahagian belakang buku tersebut
terdapat slot selayang pandang tentang Pesantren Basmala
Indonesia,semarang serta biodata penulis.…
Apa sebenarnya yang
mendorong beliau menulis ? Menulis sebuah novel yang mampu mengatasi/setaraf
jualan ‘Harry Potter’, mendapat gelaran BestSeller ? Tentulah tulisan beliau
bukan calang calang tulisan? Lebih lebih lagi novel Islamic yang bisa memecah
pasaran ‘buku’ di Indonesia.. (dan mesia?)
Jawapannya ..
Nahnu
Du’atun qabla kulli syai’iin
(Kami
adalah Du’ah sebelum sesuatu)
Bagi seseorang yang mempunyai motto sedemikian, mengajak manusia
kepada Allah , adalah segala2nya, itulah ‘core business’nya. Itulah
tujuan nafasnya dihembus setiap hari. Itulah tujuan keringatnya dikerah,
celiknya mata berpagi pagi dan pejamnya mata setelah seluruh usaha dibanting
menyeru manusia sehingga memecah tulang belakangnya..
Maka tidak hairanlah seandainya hasil tulisannya mampu
menyentuh hati pembaca, tidak kira latar belakang agama yang bagaimana. Kerana
tujuannya satu.. iaitu sebagai daie (du’ah)* sebelum yang lain.
Maka jika kita seorang doctor, maka perlulah kita menjadi muslim doctor atau DR2 = Daie Rabbani x
Doctor..
Andai kita seorang engineer, maka perlulah kita menjadi muslim engineer..
Andai kita seorang guru, maka perlulah kita menjadi muslim teacher..
Andai kita seorang pelajar, maka perlulah kita menjadi muslim student..
Muslimnya dulu sebelum yang
lain…
Apakah bezanya antara
Habiburrahman El Shirazy dan novelis2 yang lain ?
Seorang yang meletakkan motto hidup sebagaimana beliau,
menggunakan segala kebolehan yang ada untuk megajak manusia kepada Allah.
Menulis novel untuk menghidangkan kepada pembaca ajaran Islam yang sebenar.
Bukan meletakkan Islam yang dipelajari dari kitab kuning yang tidak bertanda
dan bertitik ‘secara totok’ kepada pembaca umum, tetapi digubah dgn corak novel
dan dipersembahkan dalam kehidupan watak2 dalam novel tersebut seperti Fahri,
Maria, Aisyah etc etc…
Mengetengahkan isu bagaimana berhubungan dengan manusia yang
berlainan agama, menjaga hak2 jiran, peribadi seorang muslim itu sendiri yang
tidak mudah marah, menghormati jiran tetangga dan tetamu, sentiasa membantu
sesama manusia, mengawal diri dari terjerumus dalam batasan antara perhubungan
lelaki dan perempuan. Dan yang paling menarik, Habiburrahman mengetengahkan
watak2 utama wanita yang peribadi mereka setanding peribadi muslimah yang
sebenar.. Kadangkala itu suatu yang tidak pernah terfikir dek kelaziman akal
seorang melayu… kerana kita jauh dari suasana wanita yang berpurdah dan
jelabah, jauh dari negara padang pasir dan unta yg masyarakatnya tegas keras
tetapi lembut hatinya pabila kebenaran di depan mata… namun itulah yang itulah
sebenarnya yang ingin disampaikan kepada pembaca… Suatu benua lain yang hanya
diketahui oleh orang yang pernah menjejakinya .. tetapi akidahnya adalah akidah
yang sama dengan kita,seorang melayu yang muslim..Maka watak2 itu umpama cermin
pada diri kita, cermin akidah yang sebenar.
Manakala novelis lain
(sepanjang pengamatan saya yang memang suka membaca novel sejak sekolah
menengah) meletakkan cerita cerita cinta yang murah yang mendodoi –dodoi
perasaan pembaca, menyaji ‘ending’ cerita yang typical, lebih westernize dan
kadang kala tiada suatu pengajaran yang boleh diambil pun setelah selesai novel
dibaca. Hanya kepuasan melihat satu perspective sempit seorang penulis terhadap
cerita hero heroin yang akhirnya lived happily ever after. Kadangkala novelis
tersebut ‘miskin/kering’ dengan syariat islam dan sensitivity masyarakat melayu
sendiri. Ruang perbincangan hanyalah sekitar kehidupan cinta sepasang merpati
sejoli dari saat cintanya berputik sehingga berakhirnya hayat ke anak cucu. Tiada
menyentuh perihal masyarakat dan masalahnya, apatah lagi men’suggest’
penyelesaiannya. Tetapi bukanlah saya menuding jari sebulatnya kepada mereka,
kerana mereka adalah ‘mangsa keadaan’ yang bermain dengan kehendak pembaca dan
bukanlah kehendak mereka sendiri.. ternyata jauh sekali hasil2 karya novelis
ini dengan Habiburrahman El Shirazy dengan motto hidupnya yang lebih besar dan
agung.
Ini mungkin novel kedua yang ‘best’ yang saya baca setelah ‘Masuk
ke Dalam Cahaya’ (x ingat sape yang tulis). Lain2 karya yang bermutu adalah
cerpen2 pendek eg. Darul taqwa . Tidak pula saya
berkesempatan utk membaca novel2 yang lain ie KOMBAT / karya2 Faizal Tehrani
yang lain.
Ada
sebahagian rakan2 saya menyukainya…
…bersambung
* du’ah = plural utk dai’e
*daie = penyeru kebaikan
p/s ; terima kasih yg tak terhingga kepada tuan punye buku yg bagi saya pinjam (nk kene pulang balik ke?)
p/s/s : byk pengajaran dari buku ni
2 cite feveret sy (x sure novel ke cerpen - terlalu pjg utk cerpen, tp macam pendek plak utk novel)–> Seindah Mawar Berduri dan Hatiku Milikmu by Fatimah Syarha Mohd Noordin. sgt2 best! =D
hmm..
mmg bukan sekadar “ayat-ayat cinta”, mahupun bukan juga sekadar “pudarnya pesona cleopatra”… lebih dari sekadar karya penulisan…
ringkasnya, novel2, cerpen2 mcm ni bole dikatakan dakwah secara halus, penyampaian yang mudah difahami, sangat telus, jujur, penuh dgn kesungguhan…
tahniah juga kepada cik Aleen sbb dapat mengupas apa yg ada disebalik latar belakang Habiburramhman dan karya beliau… sesuatu yg sememangnya tak ternampak oleh mata kasar… sesuatu yg tak ternilai oleh emosi… tetapi hanya dapat ditafsir oleh pemikiran mendalam yg berteraskan kata hati yg murni… syabas!!
p/s: i searched the internet and found the author of “Masuk dlm Cahaya”.. it’s Abdullah Hussain.. i should get myself one i think..
p/s/s: <— (what does it mean actually? nvmind..) what i gave is yours to keep.. buku ayat2 cinta tu kalo bes kasi pnjm kat kawan2, adik2, akak2, dsb… moga semua dapat manfaat..
aiseh, dear bro…da pinjam kan mana bole amek balik..
huhu~neway, i’ve told u b4 dear sis, dun judge a book by it’s cover:)
Novel Ayat-Ayat cinta bukan sekadar novel cinta yang happy ending yg biasa ditulis dan dibaca oleh anak2 muda masa kini.Ia lebih bagai cerita biodata penulis yang bila dibaca bagai mahu meletak diri anda ditempatnya. Ia mengajar anak muda bkn hanya bercinta sesama manusia antara dua jantina tetapi menyintai Allah dan kebesaraNya. Gaya hidup yg murni, tulus,suci yang seperti itulah sepatutnya dlm diri anak2 sekarang. Bukan hanya cinta ikut ikutan dan penuh bernafsu. Syabas..kpd penulis.