Pesanan buat diri yang ingin menjadi Umm Mujahid
March 31, 2008 by dzln2911

Seandainya nanti engkau diijabkabulkan
Bakarlah bara-bara jihad di hati suamimu
Sepertimana ibu Rabiah berpesan kepada Furuq
Suaminya, puluhan tahun di medan jihad
“jangan pulang kalau sebagai anjing mencawat ekor”
kalau nanti kau dikurniai putera
tiupkanlah semangat jihad di hatinya
supaya zuriatmu nanti cinta mencari syahid
seghairah Handzalah menggadai nyawanya
Latihkanlah puteramu nanti
Sebagai pengganti Ibnu Rawahah
Menjadi penyair penyeru jihad
Yang mementingkan taqwa daripada quwwah
Dendangkanlah cerita Abu Sulaiman pada puteramu
Agar ia kenal apa itu keberanian
Kelak nanti pedang Allah akan muncul semula
Di akhir zaman
Jadikanlah dirimu sebagai Asma’ puteri AsSiddiq
Moga-moga nanti lahirlah puteramu
Yang tiada gentar dan undur
Dalam perjuangan kerana Allah
Seperti diriwayatkan tentang putera Az Zubair
Suburkanlah cinta puteramu nanti
Kepada Rasulullah
Agar ia sanggup berkorban
Kemewahan dan kemegahan
Kerana suamimu bangga kalau puteranya
Seperti Mush’ab
Bacakanlah sejarah sahabat-sahabat pada puteramu
Di waktu-waktu suami tiada di sampingmu
Kisah perjuangan dan pengorbanan mereka
Dan pesan-pesankanlah selalu
Di cuping telinganya nanti
“Berjuanglah wahai puteraku
kerana lahirnya dikau di dalam Islam
adalah hasil darah dan airmata mereka itu…”
By Mujahidah