densya hidupku… - eki ramadhan
September 25, 2008 by dzln2911
Densya hidupku…(1.1 Eki Ramadhan )
Berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan maupun dgn rasa berat, dan berjihadlah dgn harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui sekiranya (yg kamu serukan kpd mereka) ada keuntungan yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tidak seberapa jauh, nescaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yg dituju itu terasa sgt jauh bagi mereka…
(at Taubah : 41-42)
Andai jalan dakwah & tarbiah itu mudah, ditaburi bunga dan sorakan ramai, nescaya ramai yang menyusurinya, namun jalan itu tidak mudah. Jalan yang penuh ujian, mehnah dan fitnah. Namun itulah jalan yang paling selamat menuju kepada Allah, jalan kepada keredhaan dan syurga Allah, jalan yang pernah dilalui rasulullah saw, malah jalan yang sama dilalui semua para rasul, mu’minin dan mu’minat….
Eki 1
Ramadhan kali ramadhan amat berlainan dgn ramadhan2 yg pernah ku sambut 5 tahun yang lepas. Sesungguhnya Allah itu Maha Menurunkan hambaNya pada tempat yg dikehendakiNya…kerana Allah itu Maha Mentaqdirkan sesuatu.

Salthill, Galway, Ireland
Aku merindui saat2 berpuasa di Galway, Ireland. Ramadhannya disambut meriah, bulan rahmah, maghfirah dan kasih sayang Allah terhadap hambanya. Hampir setiap insan muslim di Galway,(populasinya kecil ~120org) merasakan ‘hidup’nya ramadhan. Baik mereka berada dalam lingkugan tarbiah, mahupun tidak, baik yang sedia bertudung mahupun tidak, baik yang solatnya ‘cukup2′ syarat, mahupun tidak..semuanya merasakan ‘karamah’nya bulan ramadhan. Ramai yang menghidupkan malam2 ramadhan dgn terawikh,baik di ‘community hall’ yg disewa sepanjang bulan ramadhan utk memuatkan para jemaah pelbagai bangsa yg tidak mampu ditampung masjid (read as : converted semi D house) mahupun di rumah2. Kelazimannya pelajar2 galway akan berkongsi rumah 4-5 orang serumah. Dan selalunya kedudukannya berhampiran. Antara satu sama lain, iaitu kawasan2 perumahan yang ’strategik’ berdekatan dgn UCHG (University College Hospital Galway ataupun dgn NUIG (National university or ireland galway).Andai malas ke community hall Mereka akn ‘gather’ & pakat 2-3 rumah utk solat terawih berjamaah bersama2. Mungkin meriahnya kerana saat itulah dpt tgk muka org2 lain (ie junior & seniors) berkongsi cerita dan lain2. Yg menariknya, tuan rumah pasti gembira menyediakan moreh utk terawih… Maka terkenallah individu tertentu dgn donat nyelah, donat sira pun ada, karipap sudah pasti, roti bom, puding roti ( bulan pose makan roti sgt..so berlebih …drpd buang, baik buat puding roti kismis -) ) dan macam2 juadah lagi…
Lagi perkara yang menarik, setiap rumah sedari minggu awal puasa akan memilih tarikh jemputan Iftar di kalangan jiran2 terdekat ( yelah kami dulu duduk selang 2-3 buah rumah je… Kalau x cukup garam ke, bawang ke… Jerit je pun bole dgr kot … Huhu) ramai2 ingin berkongsi pahala orang yg berpuasa.. Lagi2lah kalau sampai turn org yg x pose masak…bermacam2 menu la keluar..nasi kerabunya, Nasi tomato, nasi ayam lah.. Ayam percik lah… Huhu… Rindunya….
Pada saat ini jugalah… Buku ‘medic’ akan ditutup sedari waktu buka puasa sehingga selesai terawih…Ajaib kan? … Entah mengapa, tetapi ratanya2 tidak bimbang atau risau perihal test or exam sgt…At least after 8 rakaat terawih baru mereka start study balik…subhanallah , betapa Allah memberikan rahmahnya pada bulan ini.. Tiba2 iman setiap orang memacu tinggi… Pada bulan inilah solat maghrib akan start berjemaah… disambung dgn tadarus al quran. Community di galway ni unik. Setiap rumah akn diberi julat bacaan tertentu dlm alquran ( ie -al baqarah - half surah al imran) dan kemudian pada malam akhir ramadhan, akan ada majlis khatam quran beramai2 serta takbir raya.. ( indah nye saat itu…) Setelah tadarus di teruskan dgn solat isya’ dan seterusnya solat terawih…

satu lagi kenangan indah di galway, ialah pabila ramai2 bergerak ke rumah yg tertentu atau community hall utk solat terawih dgn telekung2 putih mereka, maka terlihatlah berbondong2 kelibat putih dari kejauhan..huhu… Dilihat irish, pelik mereka.. Siapakah gadis2 kelubung putih ni? Berjalan beramai2 di kegelapan malam…huhuhu.. Silap haribulan, ade pulak yg lari ketakutan dok ingatkan jembalang manelah pulak… (tp so far x de pula org2 putih tu lari ketakutan… Hehee maybe mereka x tgk pun cerita2 hantu2, mistik, mengarut cam yang berlambak2 kat mesia sekarang nih… Huhu)
Begitulah setiap tahun… Ramadhan tidak pernah sunyi dari limpahan rahmatnya terhadap setiap insan, tidak kira dimanapun kita berada..
Eki 2
Kini aku ditakdirkan Allah di satu kawasan yang asing bagiku. Di bumi Allah, Di bumi matahari terbit. Di sebuah daerah Tokai, Hadano-Shi, Kanagawa… suburban Bandar Yokohama. Setelah dua minggu mulanya ramadhan ternyata suasananya berbeza. Tiada kemeriahan community seperti mana di kemeriahan malam malam ramadhan di Galway. Tiada iftar beramai2, terawikh berjamaah dan moreh mahupun tadarus.. Tiada communiti muslim yang meng’imarah’kan nya…

Ya ALLAH! Apakah aku yang tidak menghidupkannya,.. atau aku telah ‘ditinggalkan’ dari merasainya ? …Nauzubillah… Ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar yang lebih pendek dari itu…
Namun, suasananya tidak aku nafikan berbeza andai berada dibandar besar yang berdekatan dgn masjid. Pasti ada saja tempat utk beriftar, I’tikaf dan terawikh. Seperti di sebuah masjid Otsuka, Tokyo yang pernah ku kunjungi dua kali bersama zauji tersayang.
Bumi jepun yang majoriti masyarakatnya atheis, tiada pegangan hidup .. malah hidup mereka di pandu oleh hawa nafsu mereka sendiri… andai lepa, nescaya kita terbawa2 dek budaya hedonisme mereka
Komuniti muslim di Tokai tidak seramai di Galway. Ratanya pelajar Tokai daigaku ( Tokai University) dan kebanyakannya adalah pelajar lelaki. Mungkin dalam ~ 40- 50 orang … (tidak ramai??? Bole buat jemaah jumaat dh tu…. ) dan pelajar perempuan dalam 4-5 orang. Belum sempat ku temui mereka kecuali seorang. Alhamdulillah, akhirnya ketemui juga seorang sister yang sefahaman dengan ku. Thank you Allah, for your blessings, memberiku erti nikmat manisnya ukhwah fillah…
Kini aku tidak lagi merasakan sunyinya Ramadhan kali ini. Malah Allah telah mengizinkan aku berada di kalangan orang2 Allah wajibkan kecintaanNya terhadap mereka saat aku berpeluang menghadiri Semarak Ramadhan di Asakusa Mosque, Tokyo.

Di sana aku mengenali lebih ramai sisters yang dari seluruh pelosok Tokyo,malah ada yang dari jauh, sejauh Yamanashi dan Gifu. Mereka hadir semata-mata mengimarahkan ramadhan ini dengan iftar jamaie, tahfiz-ton ( hafazan surah), tarawikh dan qiam.. subhanaAllah.. buat mereka, ketahuilah ,sesungguhnya Allah mewajibkan kecintaanNya atas kalian…
Dari Abu Idris al Khawlani rahimalllah, katanya: Saya memasuki masjid Damsyik, tiba2 disitu ada seorg pemuda yg bercahaya giginya dan sekalian manusia bersertanya. Jikalau org2 itu berselisih mengnenai sesuatu hal, mereka lalu menyerahkan persolan itu kepadanya dan mereka mengeluarkan huraian dari pendapatnya. Kemudian saya bertanya mengenai dirinya, lalu menerima jawapan : ‘Ini adalah Muadz bin Jabal’. Setelah hari esoknya, saya datang pagi pagi sekali, lalu saya mendapati Muadz sudah mendahului saya datang paginya. Ia saya temui sedang bersembahyang. Kemudian saya menantikannya sehingga ia menyelesaikan salatnya. Seterusnya saya pun mendatanginya dari arah depannya, lalu saya mengucapkan salam padanya, kemudian saya berkata : ‘ Demi Allah, sesungguhnya saya ini mencintaimu kerana Allah’. Ia berkata : ‘kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘Ya kerana Allah’. Ia berkata : ‘Kerana Allah?’ Saya menjawab : ‘ Ya, kerana Allah’. Muadz lalu mengambil belitan selendangku, kemudian menarik tubuhku kepadanya, terus berkata : ‘ Bergembiralah kamu, kerana sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah pernah bersabda: ‘ Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman – dalam hadis Qudsi : ‘Wajiblah kecintaanKu itu kepada orang orang yang saling cinta-mencintai kerana Aku, duduk – duduk bersama kerana Aku, saling ziarah – menziarahi kerana Aku dan saling hadiah – menghadiahi kerana Aku’
- Hadis sahih oleh Imam Malik dalal Al Muwattho’ dgn isnadnya yang sahih-
Berada di masjid Asakusa, Tokyo bersama mereka, meyakinkan lagi diriku, yang aku tidak keseorangan di bumi asing ini. Masih ada lagi manusia manusia yang Allah limpahkan rahmat ramadhanNya kepada mereka. Masih ada lagi manusia manusia yang meng’imarah’kan ramadhanNya dengan tadarus, tilawah, hafazan, I’tikaf & qiamulail. Thank you Allah, kerana meletakkan aku dalam kalangan mereka.. sesungguhnya, tiada yang lebih aku harapkan dari Mu, melainkan keredhaan & kecintaanMu pada hambaMu yang hina ini…
-ummuzaid-
menarik membaca article ummuzaid. boleh tau biodata?