Musim bunga tiba lagi. Mungkin ini kali pertama kita menyaksikan keindahan bunga bunga tulip, carnation, dandelion dan daffodil kembang mekar dan mewangi setelah empat bulan lamanya bumi eropah ini diselebungi hawa dingin sejuk yang kadang kala di sesetengah tempat turunnya salju putih ciptaan Allah. Indahnya melihat sirna matahari menyinari warna warni kelopak mawar yang dibasahi embun pagi di pagi hari, tatkala kaki kita melangkah ke universiti melangsaikan tuntutan ijazah yang di amanahkan. Terasa sejuk mata melihat keindahan alam yang dianugerahkan Allah ini buat kita, antara golongan yang bertuah diberi Allah melanjutkan pelajaran ke luar negara ini. Rata rata daripada kita akan menghabiskan masa tiga hingga
lima tahun di benua eropah ini, menyaksikan lagi musim sejuk bertukar wajah ke musim bunga. Namun adakah semata mata tuntutan ijazah yang perlu kita langsaikan? Ketahuilah dibahu kita juga tersandangan tuntutan ‘risalah’ Illahi yang perlu dikongsikan bersama. Lihatlah bagaimana debuga dendelion ini diterbangkan angin lalu ia jatuh disebidang tanah lalu dengan izin Allah tumbuh mekar bunga dandelion disitu. Ibarat kita di benua eropah ini, di’terbang’
kan Allah dari tanah air ke
United Kingdom ,
Ireland dan seluruh pelusuk benua eropah. Jika hanyalah sekadar mengejar segulung ijazah, maka amat rugilah kita, kerana benua eropah ini sangat luas seluas alam yang ternanti nanti keindahan islam dari kita.
Marilah kita jadi seberani Abdullah bin Hudzafah Al Sahmi, seorang sahabat yang terawal memeluk Islam yang pernah menjadi utusan menemui dua orang raja besar dunia pada zamannya, iaitu Kisra, Maharaja Persia pada tahun 6H dan Kaisar Agung, Maharaja Romawi pada tahun 19H di zaman khalifah Umar al Khattab. Pertemuan ‘Abdullah dengan kedua raja dunia itu abadi dalam sejarah, dan mewarnai perjalanan sejarah itu sèndiri.
Pertemuan ‘Abdullah bin Hudzafah dengan Kisra, Maharaja
Persia , terjadi ketika Rasulullah saw. mulai mengembangkan da’wah Islam ke seluruh pelosok dunia. Ketika itu beliau berda’wah melalui
surat kepada raja-raja ‘Ajam (bukan Arab), mengajak mereka memeluk Islam. Bukan mudah memilih pemuda yang sesuai dengan tugasan ini. Kerana pada ketika itu mereka belum kenal dan faham bahasa dan budaya negeri negeri asing ini, selok belok pemerintahan, sosial dan masyarakatnya. Memang satu tugasan yang sangat berat dan berbahaya. Pergi ke
sana beerti hilang. Lalu Rasulullah mengumpulkan para sahabat memulakan ucapan dengan memuji Allah dan membaca tasyahud lalu berkata “Sesungguhnya aku telah merencanakan hendak mengirim beberapa orang di antara kalian kepada raja raja ‘Ajam. Kerana itu janganlah kalian menolak gagasan ku, seperti Bani Israil menolak gagasan Isa bin Maryam.” Jawab para sahabat, “Kami senantiasa siap melaksanakan segala perintah Rasulullah.Kami bersedia dikirim ke. mana saja dihendaki Rasulullah.”
Rasulullah menunjuk enam orang sahabat untuk menyampaikan
surat beliau kepada
raja-raja ‘Arab dan ‘Ajam. Salah seorang di antara mereka ialah ‘Abdullah bin Hudzafah As- Sahmy, dipilih beliau untuk menyampaikan
surat kepada Kisra Abrawiz, Maharaja
Persia .
Lalu berangkatlah Abdullah Hudzafah menemui Kisra lalu menyerahkan
surat tersebut kepadanya.
Surat itu berbunyi, “Dan Muhammad Rasulullah, kepada Kisra, Maharaja Kisra. Berbahagialah siapa yang mengikut petunjuk….” Baru sampai di situ sekretariat membaca
surat , api ke marahan menyala di dada Kisra. Mukanya merah, dan menampakkan urat lehernya. Hal itu ialah kerana Rasulullah menyebut nama beliau sendiri lebih dahulu sebelum menuliskan nama Kisra. Lalu Kisra merebut
surat tersebut dari tangan sekretariat, dan merobeknya tanpa mengetahui isi
surat selanjutnya. Kisra berteriak, “Berani-berani dia menulis seperti itu kepadaku….! padahal dia budakku…!” Lalu diperintahkannya mengusir ‘Abdullah bin Hudzafah dari majlis. ‘Abdullah bin Hudzafah keluar dan Majlis Kisra. Dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada dirinya sesudah itu. Mungkin dia akan dibunuh dan mungkin pula akan tetap hidup di dunia bebas. Tetapi tidak lama ‘Abdullah berpikiran begitu, ia pun berkata kepada dirinya sendiri, ‘Demi Allah! Aku tidak peduli apa pun yang akan terjadi. Yang penting tugas yang dibebankan Rasulullah kepadaku telah kulaksanakan dengan baik.
Surat Rasulullah telah kusampaikan ke tangan yang bersangkutan.”
Bila peristiwa ini sampai ke pengetahuan Rasulullah (s.a.w) maka baginda berkata: "Allah hancurkan pemerintahannya", dan memang berlaku sebagaimana kata Rasulullah (s.a.w) itu. Kerana sebelum itu, Kisra telah menulis
surat kepada Badzan wakilnya di negeri Yaman berbunyi: "Hantarkan dua orang kuat kita ke Hijaz, kemudian tangkaplah lelaki itu (Rasulullah) dan bawa ke mari”. Badzan pun menurut perintah dan menghantar dua orang, mereka berdua ini membawa risalah kepada Rasulullah meminta baginda turut sama ke dewan Kisra di Parsi. Sebaik sahaja dua orang suruhan ini sampai ke Madinah, berkata mereka kepada Rasulullah (s.a.w) dengan nadaa mengugut menyuruh baginda supaya datang mengadap maharaja Kisra. Namun Rasulullah (s.a.w) telah meminta mereka berdua menemui baginda pada keesokan harinya. Di masa yang sama telah berlaku satu pemberontakan besar di dalam istana terhadap Kisra, selepas tenteranya menerima kekalahan teruk dari tentera Qaisar Roman. Anaknya Syirowih bin Kisra telah membunuh bapanya dan merampas takhtanya itu, kejadian itu berlaku pada tahun ke tujuh Hijrah, semuanya ini di dalam pengetahuan Rasulullah (s.a.w) melalui wahyu yang diturunkan kepada baginda. Pada keesokan harinya datanglah kedua utusan itu semula kepada Rasulullah. Kata mereka, “Sudah siapkah Anda berangkat bersama-sama dengan kami menemui Kisra?” Jawab Rasulullah, ‘ Tidak dapat lagi bertemu dengan Kisra sesudah hari ini. Kisra telah dibunuh oleh anaknya sendiri Syirowih, pada jam sekian, detik sekian, hari dan bulan itu.” Kedua utusan Badzan melihat wajah Rasulullah saw. dengan mata terbelalak kehairanan. “Sedarkah Anda dengan ucapan Anda?” tanya mereka. “Bolehkan kami tulis ucapan Anda itu untuk Badzan?” “Silakan…! Bahkan boleh Tuan-tuan tambahkan, bahwasanya agamaku akan mencapai seluruh kawasan kerajaan Kisra. Jika Badzan masuk Islam, maka wilayah yang berada di bawah kekuasaannya akan ku serahkan kepadanya. Kemudian Badzan sendiri kuangkat menjadi raja bagi rakyatnya.” jawab Rasulullah yakin. Kedua utusan Badzan meninggalkan Rasulullah saw. Mereka kembali menghadap Badzan. Mereka melaporkan kepada Badzan pertemuannya dengan Rasulullah saw., dan menyampaikan pesan beliau kepadanya. Kata Badzan, “Jika apa yang dikatakan Muhammad itu benar, sesungguhnya dia seorang Nabi. Jika tidak, ucapannya itu hanya mimpi belaka.” Tidak berapa lama kemudian, tibalah
surat Syirowih kepada Badzan. Kata Syirowih, “Kisra telah ku bunuh. Aku terpaksa membunuhnya kerana dia menindas rakyat kami.
Para bangsawan kami hapuskan. Wanita-wanita mereka kami tawan. Dan harta benda mereka kami rampas. Maka bila suratku ini telah engkau baca, kamu dan rakyatmu hendaklah menyatakan tunduk kepadaku!” surat itu, Badzan mengumumkan kepada seluruh rakyatnya, mulai saat ini dia masuk Islam - Mendengar pengumumannya itu, maka Islam pula segala pembesar dan orang-orang keturunan
Persia yang berada di Yaman.
Lihatlah keberanian Abdullah bin Hudzafah, seandainya dia tidak berani menghadapi Maharaja Kisra, sekiranya dia masih ragu ragu menyampaikan risalah islam yang agung itu, tidak mungkin wilayah
Persia tunduk kepada kerajaan wahyu Illahi ini. Begitu juga kita, yang juga penyampai ‘risalah’ agung itu.
Tamat bahagian I………
Sambungan bahagian II…………
Nah…! Bagaimana pula kisah pertemuannya dengan Kaisar (Caesar) Agung, Maharaja Rom? Pertemuan ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy dengan Kaisar Agung, terjadi pada masa pemerintahan Khalifah ‘Umar bin Khaththab Al-Faruq. Kisahnya merupakan kisah yang amat mengagumkan. Pada tahun 19H, Khalifah ‘Umar mengirim angkatan perang kaum muslimin memerangi kerajaan Rom. Dalam pasukan itu, ‘Abdullah bin Hudzafah As Sahmy adalah antara pahlawan ter’senior’. Maharaja Kaisar Rom telah mengetahui keunggulan dan sifat-sifat tentera muslimin ini. Sumber
kekuatan mereka ialah iman yang kuat, ‘aqidah yang mantap, serta keberanian mereka menghadapi maut. Mati fisabilillah menjadi tekad dan cita-cita hidup mereka.
Kaisar memerintahkan kepada para perwiranya, “Jika kalian berhasil menawan tentara muslimin, jangan kalian bunuh mereka. Tetapi bawa ke hadapanku!” Ditakdirkan Allah, ‘Abdullah bin Hudzafah tertawan. ‘Abdullah dibawa mereka ke hadapan Baginda Kaisar. Kata mereka, “Tawanan ini adalah sahabat Muhammad. Dia termasuk sahabat senior, dari kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Dia tertawan, lalu kami bawa ke hadapan Paduka.” Lama juga Kaisar memperhatikan ‘Abdullah bin Hudzafah. Sesudah itu baru dia berkata, “Aku hendak menawarkan sesuatu kepada engkau.” “Apa yang hendak kau tawarkan?” tanya Abdullah. “Mahukah kau masuk agama Nasrani? Jika kau mahu, aku bebaskan kau kemudian aku beri pula hadiah besar,” kata Kaisar. ‘Abdullah bernafas dalam-dalam, lalu menjawab: ‘Aaah …., aku lebih suka mati seribu kali daripada menerima tawaran kau,” kata ‘Abdullah mantap. Kata Kaisar, “Aku lihat kau seorang perwira yang pintar. Jika engkau mahu menerima tawaranku, aku angkat kau menjadi pembesar kerajaan, dan aku bagi kekuasaan aku dengan engkau.” ‘Abdullah yang diikat itu tersenyum. Kemudian ia berkata: “Demi Allah! Seandainya kau berikan kepadaku semua kerajaanmu, ditambah dengan semua kerajaan ‘Arab, agar aku keluar dari agama Muhammad agak sebentar saja, nescayalah aku tidak dapat menerimanya.” Kata Kaisar, “Kalau begitu, aku akan bunuh engkau!” Jawab ‘Abdullah, “Silakan…! Lakukanlah sesuka kau!” ‘Abdullah disuruhnya ikat di kayu salib. Kemudian diperintahkannya tukang panah memanah lengan ‘Abdullah. Sesudah itu Kaisar bertanya, “Bagaimana…? Mahukah kau masuk agama Nasrani?” “Tidak!” kata ‘Abdullah.‘Panah kakinya!” perintah Kaisar. Maka dipanah orang pula kakinya
“Nah! Mahukah kau tukar agamamu?” tanya Kaisar memujuk ‘Abdullah tetap menolak. Sesudah itu Kaisar menyuruh hentikan siksaan dengan panah, lalu ‘Abdullah diturunkan dari tiang salib. Kemudian Kaisar meminta sebuah kuali besar, lalu dituangkan minyak ke dalam dan diletakkan orang di atas tungku berapi. Setelah minyak menggelegak, Kaisar meminta dua orang tawanan muslim. Seorang di antaranya disuruhnya lemparkan ke dalam kuali. Sebentar kemudian, daging orang itu hancur sehingga keluar tulang belulangnya. Kaisar menoleh kepada ‘Abdullah, dan membujuknya masuk Nasrani. Tetapi ‘Abdullah menolak lebih keras. Setelah Kaisar putus asa, diperintahkannya melemparkan ‘Abdullah ke dalam kuali. Ketika pengawal mengiringinya ‘Abdullah ke dekat kuali, ‘Abdullah menangis.
Para pengawal mengatakan kepada Kaisar, ‘Dia menangis, Paduka!” Kaisar menduga, tentu ‘Abdullah menangis kerana takut mati. Kata Kaisar, “Bawa dia kembali kepadaku!”
‘Abdullah berdiri kembali di hadapan Kaisar. Kaisar menanyakan apakah ‘Abdullah mahu menjadi Nasrani. Dengan iman yang kukuh kuat, ‘Abdullah tetap menolak pujukan Kaisar. Kata Kaisar, “Celaka…! Mengapa engkau menangis?” Jawab Abdullah, “Aku menangis kerana keinginanku selama ini tidak terkabul. Aku ingin mati di
medan tempur perang fisabiilillah. Ternyata kini, aku akan mati katak dalam kuali.” “Mahukah engkau mencium kepalaku? Nanti kubebaskan engkau!”
Sekali lagi kita melihat keberanian dan keteguhan Abdullah bin Hudzafah atas risalah agung ini. Inilah dia contoh debunga islam yang telah tumbuh dan bercambah dimana jua dia berada. Marilah kita mencontohinya kerana Allah ade berfirman “Tidakkah Engkau melihat (Wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.” Surah Ibrahim : 24
Posted in Uncategorized | No Comments »


Setiap