Seorang yang cantik
mereka di situ…Sebenarnya
perkara itu bermula dari saya.. semalam saya baca berita tentang
perkahwinan Raja Nazrin Syah dengan Zara Davidson. Maka kami sibuklah
mencari gambar dan video perkahwinan raja muda terkenal itu. ( Saya
sendiri tak kenal Raja Nazrin sampailah seorang adik saya beritahu yang
tiap kali Raja Nazrin pergi ke kolejnya, semua budak perempuan mesti
wish nak kahwin dengan raja muda tu….fuyooo… hebatnya!)
saya Raja Nazrin itu memang seorang intelek. Bagus kalau dia dapat
memimpin negara Malaysia sebab takdelah nanti Malaysia terbazir
mengeluarkan duit yang tidak ada faedahnya. Semua tahu Raja Nazrin
menolak sumbangan negeri untuk membiaya perkahwinannya. Dan saya tengok
video perkahwinannya walaupun memang macam perkahwinan diraja, tapi
agak simplelah berbanding dengan perkahwinan artis-artis lain. Ke sebab
saya tengok video separuh je?Cuma,harapnya, di masa akan datang, semua
perkahwinan akan menutup aurat.. huhuhu..
hosmet saya pula teruslah bercerita tentang kawan mereka yang cantik.
Maka digeledahnya mereka gambar-gambar kawan mereka di friendster. Ada yang saya akui memang cantik, tapi tak semena-mena terdetik di hati saya;
saya mula mengenal Islam dan semenjak saya bersahabat di atas satu
aqidah, saya tidak sedar bahawa saya dilatih untuk menyukai, menyenangi
malah menyayangi seseorang itu bukan pada parasa rupanya.
betul setiap orang sukakan kecantikan. Saya ada seorang kawan yang
memang cantik rupawan, ibarat Sofea Jane. Setiap kali berjumpa
dengannya, memang saya akan leka memandang wajahnya. Apatah lagi dia
memang seorang yang sangat best dan memang seorang kawan yang baik.
Memang di sekolah dulu, dia sangat ramai peminat, di mana-mana sahaaj
dia pergi, kawan lelaki tak pernah lengang dari mengusiknya.
fitrah manusia sukakan kecantikan. Sehinggakan saya pernah terfikir,
kenapalah Allah tak jadikan saya cantik macam kawan-kawan saya yang
lain? Even saya memang tak reti nak berhias. Pada saya simple
itulah yang paling menyenangkan hidup saya. Pada saya sangat serabut
kalau nak kene pergi kenduri kahwin dan mak saya selalu suruh saya
berlawa-lawa. .
Arrhh!! Memang tak reti!
saya refleksi semula apa yang terjadi pada kawan-kawan saya yang
cantik. Ya, mereka memang mendapat anugerah dari Allah yang berharga.
Jika mereka menawarkan diri untuk berkahwin, mungkin ratusan orang akan
masuk meminang. Namun mereka diuji dengan satu ujian yang besar…
Sabda
Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang
lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari,
Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).
tidak kuat imannya, dia akan jatuh terjerumus di dalam fitnah itu. Dia
akan bergelumang dengan banyaknya maksiat. Jika kamu semua pernah
keluar dengan orang cantik, mesti kamu semua akan perasan yang selama
ini tidak ramai lelaki memerhatikanmu, tetapi bila keluar dengan kawan
kita yang cantik itu, mesti akan perasan betapa ramai mata lelaki yang
melilau ke arah sahabat kita itu.
akan kacau, nak berkenalan, nak jadikan teman wanita, dan paling
dahsyat, nak ikut sekali balik ke rumah, walaupun baru hanya bertemu di
tepi jalan.
mengambil gambar perempuan yang cantik ini dan meletekkannya di dalam
website untuk tatapan hawa nafsu mereka.

seorang lelaki melihat wanita, pandangannya boleh menembusi pakaian
kita. Jika dia melihat tengkok wanita, akan bergeloralah hawa nafsu
mereka.
menonjolkan kecantikan mereka, mereka sebenarnya telah menyeksa batin
seorang lelaki yang memang nafsunya yang satu itu pada wanita.
saya mengenali tarbiyah dan jalan dakwah, saya mula memahami bahawa
ikatan hati kita adalah berdasarkan ikatan aqidah. Ternyata di dunia
ini lebih ramai wanita yang kurang cantik berbanding yang cantik. Namun
apabila telah terikatnya hubungan aqidah itu, seolah-olah pandangan
fizikal kita pada sahabat kita itu telah terangkat, malah kita mula
melihat dia dengan pandangan mata hati kita. Kita mula melihat
‘kecantikan’ akhlak, peribadi dan ketaatan kepada Allah. Itulah yang
menyejukkan hati kita.

tidak cantiknya diri ini dan sahabt-sahabat lain, itu tidaklah penting
sama sekali! Apalah ada pada wajah yang cantik, jika kecantikan itu
didagangkan, diperlihatkan kepada umat dunia dan sibuk diperkatakan
oleh lelaki-lelaki yang tidak soleh?
‘ Weyh, jom arh turun malam ni. Ramai ‘hot chick’ malam ni!’
ramai perempuan di dunia ini sangat suka jika dia mempunyai ramai
peminat lelaki dan sering menjadi perbualan teruna-teruna yang mahu
mengambil kesempatan atasnya.
Dari
Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w.
tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka
jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu
Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua
kalinya atau pandang lama-lama.
Rasulullah
SAW bersabda: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan
adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah,
Ahmad, Baihaqi)
kecantikan itu bukan pada zahiriyahnya tapi pada maknawiyahnya. Isi
hati yang baik, akan memancarkan peribadi yang baik dan
bercahaya.Fizikal yang tidak cantik itu akan menjadi menawan jika
keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah adalah kuat.
orang lebih cantik dari kita, kita takkan berusaha sangat nak jadi
cantik. Tapi jika kita jeles kawan kita itu lebih taat pada Allah, maka
kita akan berusaha untuk lebih dekat dengan Allah.
kita sayang pada sahabat kita bukan kerana wajahnya, tetapi kita
sayangkan dia kerana Allah, maka jika muka dia buruk ke, ada parut ke,
ada jerawat ke, kita tetap sayangkan dia. Dan paling penting kita akan
dapat merasai kemanisan iman itu.
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara, maka dia akan merasakan kemanisan iman. Yang tiga perkara itu ialah :
1. Mencintai Allah dan Rasulnya, melebihi cintanya dari yang lain
2. Mencintai manusia berdasarkan cinta kepada Allah semata-mata.
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran, seperti orang yang benci kalau dilemparkan ke dalam api”.
juga pernah bertemu dengan seorang ukht yang tidak cantik pada
pandangan saya, tetapi suaminya sangat handsome. saya pun pelik
camne akh itu boleh berkenan pada ukht itu. Dan setelah saya mengenali
ukht itu, barulah saya tahu betapa tepatnya keputusan akh itu
mengahwini ukht itu.
Rasulullah S.A.W. bersabda:“Seseorang
mukmin tidak memperolehi kemanfaatan setelah bertaqwa kepada Allah Azza
wa jalla yang lebih baik selain isteri yang solehah, jika suami
menyuruhnya dia taat, jika dipandang dia menyenangkan, jika ia
bersumpah kepadanya dia mengiyakan dan jika suaminya pergi (jauh dari
pandangan) maka dia memelihara diri dan harta (suaminya)”.
(Ibnu Majah)Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Di antara kebahagiaan anak Adam (adalah) isteri solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik”.
(Ahmad)
saya pun cemburu dengan kesolehannya itu…
p/s : jazakillah aisyah_z atas perkongsian pendapat enti..hehe terpikir perkara ni berulang kali,kadang tak dapat nak die lahirkan dalam kata..huu
Posted in Uncategorized | 5 Comments »






)